perjalananku sebagai seorang yang dhaif

Assalammualaikum, :) bismillahirahmanirrahim.. Alhamdulillah kehidupanku semakin pulih, ana mendapat kekuatan dari Allah. doa yang tidak putus-putus.. honestly, i find it really hard to find a happiness and more important keyword to be a really amazing people, that is "PATIENCE".. "assobarun minal iman".. "patience is a half of a faith".. ana sentiasa pegang prinsip tu.. Firman Allah bermaksud: 


"Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan." (Az-Zumar 39:10)


ingatlah kalian, hanya Allah sahaja yang layak kita sembah, hanya Allah tempat kita mengadu. InsyaAllah, Allah itu Maha Mengetahui segalanya sehingga ke lubuk hati comel kita. :).. Alhamdulillah ana bakal naik semester 3, ilmu yang ana dapat, akan ana gunakan dengan sebaik mungkin.. sebagai penenang di kala tertekan dalam pelajaran, Al-Quran menjadi penawar hatiku dalam usaha melawan nafsu yang menjadi musuh ketat jika kita tidak menundukkannya.. syukran kepada naqibahku Kak Tiqa.. yang sentiasa membantuku dalam usrah, bicaranya bagai permata yang sentiasa menjadi kekuatan jiwaku :).. masalah yang mendatang akan ku hadapi dengan tenang InsyaAllah, masalah kecil tu, emmm ana xnak layan sangat, biasalah, zikir sikit hilanglah keluh kesah tu.. itulah kuasanya zikir, :).. Wah, ana xtahu nak tulis apa la... Maaf jika ada kekhilafan diri, sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang buruk itu datang daripada diri ana yang serba kekurangan.. nasihat terakhir ana untuk menyeimbangkan kehidupan duniawi dan juga ukhrawi, "HABLUL MINALLAH, WAHABLUL MINANNAS"

Siapa Kita (kisah benar)

Seorang wanita telah bersembang dengan seorang hamba Allah tentang kehidupan. Wanita berkenaan telah menceritakan segala kehidupanya yang selama ini masih mencari-cari ketenangan yang dia sendiri tidak tahu dimanakah puncanya. Dia mempunyai pendidikan tetapi masih lagi terasa kekurangan yang dia sendiri tidak tahu. Hamba Allah berkenaan terdiam sejenak mendengar penjelasan wanita berkenaan. Kemudian hamba Allah bertanya

Menentukan Cinta Kerana Allah

Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya.

Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama

Yang Tertutup Itu Indah!

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Musafir Syabab Kasih, menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak

Kategori Umat Islam

Al Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagi-bahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum.

Lelaki Pemimpin Wanita

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.  

Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.  

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.  

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang.  Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.   

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurangnya kaum lelaki memainkan peranan yang berkesan sebagai ketua keluarga dalam memimpin ahli-ahli dalam keluarganya sendiri, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud "Lelaki menjadi penjaga bagi kaum wanita" dan "Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka..."   

10 Peringatan Bumi Kepada Manusia

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang
hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan
manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r.a: 
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia
dengan 10 perkara.